Monday, May 13, 2013

"Turunkan Berat Badan Dengan Selamat bersama Shaklee" - Lupakan Produk Kurus yang Berbahaya


Wanita, tak kira usia, dari remaja hinga dewasa memang tak boleh dipisahkan dengan keinginan mereka untuk tampil cantik dan menawan, kan?
Dalam entri kali ni saya nak cerita sikit tentang produk SLIMMING... hmmph, semua wanita nak tampil langsing kan? Kalau dah beranak pinak, selalunya berat badan naik mendadak. Inilah masalah utama kita. Nak naik memang senang, tapi nak turunkan berat...susah betul...tu belum cakap tentang figure lagi. Kebanyakan wanita mesti ada masalah perut buncit, badan menggeleber, peha dan pinggul melebar dan double chin... Kadang2 diet punya diet pun tak berhasil jugak...Ramai yang mudah kecewa dan putus asa...Tekanan sebegini akhirnya menyebabkan wanita makan lebih banyak tanpa sedar dan bertambah lah lagi berat badan tu...

Selain tu, gaya hidup kita sekarang yang terlalu sibuk menyebabkan susah untuk meluangkan masa membuat senaman... Setakat buat kerja rumah macam menyapu, vakum, mop dsb belum cukup untuk merangsang badan membakar lemak dgn berkesan dan meningkatkan metabolisme.

Sebab tu wanita mudah sgt percaya dgn produk2 slimming yang berlambak kat pasaran kita sekarang. Semuanya nak cepat dan mudah. Bukak je fb, website dan blog, produk kurus lah yang banyak sekali (selain produk putihkan kulit).

Pelbagai jenama, harga dan pelbagai janji manis diberikan tentang keberkesanan produk mereka...

Yang paling saya takut ialah janji2
>> "TURUN 10 KG DALAM MASA SEMINGGU"
>> "MAKAN NASI MACAM BIASA TAPI TETAP TURUN BERKILO-KILO"
>>"TAK PAYAH EXERCISE PUN, TAK PAYAH JAGA MAKAN...TAPI BERAT BADAN TURUN"
>> "TUKAR SAIZ DARI XXL KE M DALAM MASA SEBULAN"

dan banyak lagi promosi2 yg kalau kita fikir balik, macam tak masuk akal. Nak jadik gemuk pun ambik masa berbulan2 dan bertahun2... takkanlah boleh kurus dalam tempoh sebulan?

Sebab tu pentingnya kita makan sebarang jenis produk dgn ilmu. Jangan dek kerana obsess nak kurus cepat, kita terus beli produk2 ni tanpa mengetahui apa kandungannya dan akhirnya diri sendiri yang merana. Kebanyakan produk pelangsingan yang menjanjikan kurus dalam tempoh yang amat singkat ni sebenarnya mengandungi bahan kimia berbahaya seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, dan fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Selain tu ia turut menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih cepat dan meningkatkan tekanan darah. (sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jeratpilkurus/Article/index).

Oleh sebab itu, cuba bertenang bila baca iklan2 kurus cepat nih... Buat research dulu, buat bacaan lanjut, kaji isi kandungannya, pastikan ia terbukti selamat (berdasarkan kajian klinikal dan sebagainya)...ha barulah boleh beli dan amalkan.

Sebab tu saya memilih Shaklee sebab ia dibuat daripada bahan semulajadi, ia sentiasa selamat dan sentiasa berkesan. Shaklee ditunjangi oleh kajian klinikal dan ujian2 yang memastikan ketulenan dan keselamatan bahan yang digunakan untuk membuat suplemen.

Di Shaklee, produk utk diet tergolong dalam Weight Management Program.
Ada banyak pilihan untuk disesuaikan dgn bajet anda. Antaranya ialah Lecithin, ALfalfa, Herblax, Cinch Drink, Cinch Tea dan OmegaGuard.

Yang paling asas ialah:

Lecithin dan Alfalfa.

Lecithin ni membantu memecahkan lemak, mengapungkannya dalam salur darah dan dibawa keluar menerusi fiber. Sebab tu pentingnya Alfalfa untuk saling melengkapi fungsi Lecithin. Alfalfa ni berupaya membuang toksin dan ia boleh dimakan setiap hari tanpa sebarang kesan cirit-birit. Ini kerana alfalfa mengandungi serat yang boleh mengangkut lemak2 yang dibakar tadi oleh lecithin, serta membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Alfalfa merupakan tumbuhan yang amat tinggi khasiatnya kepada lelaki dan wanita. Selain untuk detoks, alfalfa juga dapat membantu wanita dalam masalah keputihan & mengetatkan saluran vagina. Untuk lelaki dan wanita pula, alfalfa memberikan stamina dan mencantikkan kulit dalam jangkamasa panjang.

Bagi pelanggan2 saya yang baru hendak mencuba produk pelangsingan ni, saya akan pastinya cadangkan set bajet ini dahulu. 


Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh add on OmegaGuard yang lebih cepat membakar lemak berbanding Lecithin.Selalunya OmegaGuard ni saya cadangkan untuk mereka yg beratnya 65kg ke atas serta tidak menyusu baby. Bagi wanita yg bfeed baby, Lecithin dan Alfalfa adalah permulaan yang tepat sebab ia menyediakan pakej BREASTFEEDING & SLIMMING DENGAN SELAMAT. Alfalfa sememangnya terkenal sebagai natural milkbooster (penggalak susu semulajadi). Jika tak breastfeed, jangan risau, Alfalfa tidak akan menyebabkan anda menghasilkan susu ibu okay !

So apa yang anda dapat dgn set ni?
1. Turun berat badan dengan selamat
2. Mengembalikan keintiman suami isteri
3. Badan rasa lebih cergas dan bertenaga
4. BONUS: Susu badan bertambah meriah bagi yg masih bfeed.

Nak cuba? Hubungi saya sekarang juga. Saya berikan FREE CONSULTATION sepanjang bergelar pelanggan saya ye. Setiap pelanggan saya berhak mendapat jadual pengambilan, panduan dan tips eksklusif yang pastinya akan dapat membantu anda sepanjang proses menurunkan atau mengawal berat badan.

Semoga bermanfaat.

 

FB Group Support - Autisme dan Disleksia

Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Dah lama sgt saya tak update blog ni...Sejak beberapa minggu kebelakangan ni memang saya lebih sibuk berbanding selalu sampai tak sempat nak login ke blogger.
Malam ni tak rasa mengantuk sebab tadi pegi minum Vivix lah pulak.. dalam setengah jam lepas tu .terus mata rasa segar je...jadik aktif ! So dapatlah ambik peluang untuk berceloteh sikit ye.

Untuk pengetahuan pembaca, saya sebenarnya sedang study di peringkat PhD di USM. Kini dah masuk tahun kedua dan sedang melalui 'fasa2 kritikal'...sebab dah semakin menghampiri saat untuk defend proposal..
Kerja-kerja penyelidikan semakin bertambah dan memerlukan saya memerah otak berfikir2 mencari idea yg terbaik utk apps yang sedang saya bangunkan. Penyelidikan saya ni fokus kepada menghasilkan satu inovasi yang boleh membantu ibubapa yang mempunyai anak disleksia melakukan intervensi di rumah. Intervensi yang saya khususkan di sini adalah untuk mengajar kemahiran literasi.

Dalam entri kali ni, sebenarnya saya terdetik nak share tentang group FB yang aktif dan dianggotai oleh ibubapa yang mempunyai anak2 disleksia dan autisme, guru2 pendidikan khas, doktor2, penyelidik peringkat universiti dan ramai lagi..

FB tersebut adalah 'Rakan Disleksia Malaysia' dan 'Autisme Malaysia'. Autisme Malaysia mempunyai ribuan ahli yang saling berkongsi pendapat, masalah dan pengalaman dalam mendidik/membantu/menyokong/membesarkan anak2 istimewa ini. Saya sangat kagum dan terpegun dgn ukhwah yang terjalin antara ahlinya. Mereka ini bukan setakat aktif di fb, tetapi juga membuat family gathering. Jika anda sedang mencari2 kumpulan sokongan untuk berkongsi cerita, nasihat atau apa sahajalah yang berkaitan dgn anak2 ini (tak kiralah berapapun  umur - kanak2 hingga remaja), apa kata cari group ini di Facebook. Request untuk join dan tunggu admin approve.

Rakan Disleksia Malaysia pula menjadi grup support untuk parents yang mempunyai anak2 disleksia. Grup ini tidak seaktif AM, tetapi saya yakin apabila jumlah ahli bertambah, maka interaksi dalam grup juga akan bertambah meriah. Saya juga sebenarnya telah join kedua2 grup ni. Pembaca juga boleh kunjungi FB page Dyslexia Association of Malaysia untuk mendapat info2 terkini tentang aktiviti2 yg dianjurkan oleh persatuan ini.

Satu lagi, di YouTube juga ada banyakk sgt video yang memberi inspirasi kpd sesiapa sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Austime dan Disleksia.

Saya harapkan ibubapa yang mempunyai anak2 autisme dan disleksia yang terbaca entri ini, dapatlah kunjungi fb grup tersebut...jadilah ahli sebab mereka ini share pelbagai ilmu bermanfaat,  FREE pulak tu.

Yang penting, dalam hidup ni, walau apa jua rintangan dan dugaan (dugaan senang mahupun susah), yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Kita sebagai ibubapa mesti kuatkan semangat dan redha dgn ketentuan Ilahi. Redha bukan bererti terima dan duduk diam tak lakukan apa2, tapi mesti bertindak untuk menambah ilmu  - bagaimana membesarkan anak2 ini, bagaimana belajar menjadi lebih sabar dgn kerenah mereka, bagaimana menguruskan emosi dan kelakuan mereka, bagaimana hendak mendidik masyarakat agar lebih sedar dan memahami anak2 syurga ini.


Sekian, wassalam. 

Thursday, April 4, 2013

NutriFeron - Promo April2013 ~ Jimat $$$ dan dapatkan keahlian percuma !!


Info Nutriferon boleh di baca di sini

Bulan ni Shaklee membuat promosi produk NUTRIFERON, sejenis immune booster semulajadi....

Nak tau 4 penjimatan hebat kalau rembat promo Buy 6 Free 1 ni ?  Siap dapat CA$H REBATE bulan May

1. Retail price RM 1087.50. Promo Price RM 870 only. Jimat  $$$  RM 218
2. Free Membership Shaklee : Jimat  RM 65
3. Free 1 kotak : Jimat RM 181
4. Free Delivery : Jimat RM 10

Jumlah penjimatan : RM 474 !!!

PLUS
Dapat Bonus Ca$h Rebate bulan depan : RM 40

Itu belum temasuk pelbagai ganjaran lain yang kami sediakan sekiranya anda membeli dengan myvitalvits.

Grab this opportunity !
PM/WhatsApp/SMS: 012 523 5195


Kepentingan Kalsium Ketika Hamil ~ Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.


Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2PTOJ87HD 
Hakcipta terpelihara

_________________________________________________________

Bagi ibu2 yang mengandung, menyusukan baby mahupun wanita2 dan lelaki di luar sana yang ingin mengambil suplemen kalsium, cubalah OsteMatrix Shaklee kerana ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin d, dan mineral lain yang mempunyai imbangan mencukupi untuk keperluan kalsium harian anda.

4 pil OsteMatrix = 2 gelas susu = 1000mg kalsium

 





Thursday, March 7, 2013

Keputihan: Normal atau Penyakit?

Keputihan di kalangan wanita proses semula jadi

Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea. 

Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya. 

Statistik menganggarkan 75 peratus wanita sudah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual. Penggunaan produk intim bertoksik seperti sabun, syampu dan gel mandian turut menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada di dalam faraj wanita. 


Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita. 

Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon. 

Proses Semula jadi 

Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita. 
Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah wanita. 

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. 

Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj. 
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan. 

Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj. 

Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan keletihan yang amat sangat. Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan. 

Implikasi keputihan 

Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal. Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan. 

Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj. 

Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis. 

Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan. 

Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan. 

Ganggu hubungan seks 

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman. 

Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan. 

Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim. 

Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama. Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya. 

Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu wanita boleh mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus. 

Untuk masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain kapas dan sedikit longgar. 
INFO 

* Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita. 

* Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. 

* Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. 

* Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan. 

* Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku. 

* Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis. 

* Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon. 

* Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.


Shaklee mempunyai Alfalfa Complex yang juga boleh membantu dalam masalah keputihan ni. Boleh baca testimonial Alfalfa hilangkan keputihan juga disini.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Normalataupenyakit_/Article

Saturday, March 2, 2013

Tips Memilih Kolagen Yang Berkualiti


Tadi baru lepas buat masker menggunakan Shaklee Collagen Powder....Memang best...
Guna secubit je, campur dgn Nutriwhite Whitening Softener (nak guna air tapis pun boleh). Campuran ni akan melekit, so cepat2 sapu tipis pada kulit wajah. Lepas 30 minit, bilas...Walla...memang tegang rasa kulit...licin dan rasa bersih sangat... tapi make sure dah cuci muka dgn pencuci muka dulu sebelum pakai masker ye. Saya gunakan pencuci muka Enfuselle Purifying Gel (utk kulit oily dan combination). Utk moisturizer saya gunakan Enfuselle Balancing Moisturiser . Dah 8 bulan bertukar gunakan pencuci muka dari Shaklee ni...hasilnya saya memang sangat2 berpuas hati...Tambahan pula ia tiada Paraben, so pastilah ia selamat digunakan. Paraben ni ialah pengawet yang sering digunakan dlm kosmetik dan produk kecantikan, shaving cream, syampu, losyen dan ubat gigi. Kenapa, bahaya ke Paraben ni? Ya, ia dikaitkan dengan Kanser Payu Dara kerana satu kajian menemui paraben dalam tumor kanser payudara sebanyak purata 20 nanogram bagi setiap gram tisu. (sumber: Wikipedia).  Walaupun ia masih belum boleh dibuktikan bahawa paraben benar2 menyebabkan kanser payu dara, tetapi lebih baik kita berhati2...menyesal kemudian tiada gunanya kan.

Saya nak share tips sebenarnya...bagaimana nak pilih Kolagen yang berkualiti. 

  • Sebaiknya pilih kolagen dalam bentuk makanan atau cecair berbanding kolagen yang disuntik untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
  • Pilih saiz kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel, makan setiap kolagen yang diambil 100% dapat diserap dan memberi kesan lebih cepat.
  • Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
  • Pastikan kolagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
  • Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
  • Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi (bonus point).
  • Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  • Pastikan kolagen yang diambil selamat dan tidak bertoksin
(sumber tips kolagen : facebook.com/imnah03, My Super Store)

Kolagen pilihan saya semestinya Shaklee Collagen Powder. Ia benar2 berkesan untuk melembapkan kulit saya (maklumlah selalu sgt travel menyebabkan kulit mudah kering dan kusam)... Kulit juga menjadi lebih cerah dan halus. Bukan kulit wajah je tau, tapi kulit pada tumit kaki, siku, tangan dan kaki. Baca tentang Shaklee Collagen Powder di sini.

Kalau nak try, hubungi saya ye:
NORA OSMAN
Pengedar Shaklee Sah di Perlis
012 523 5195

Friday, March 1, 2013

Perbezaan Shaklee

Berasaskan Sumber Semula Jadi

Kami mendapatkan sumber ramuan semulajadi yang terbaik dari seluruh dunia

Syarikat ini ditubuhkan oleh Dr. Shaklee berdasarkan falsafah kehidupan yang harmoni dengan alam ('Living in Harmony with Nature®'). Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semula jadi yang paling tulen dan berkesan daripada sumber alam.


Prinsip memperolehi ramuan daripada sumber alam membantu Shaklee menjadi syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika, dengan produk-produk yang bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa, atau apa-apa kandungan buatan yang lain.

Ketulenan Yang Telah Diuji

Kami menjamin ketulenan mutlak bagi setiap ramuan kami

Kami menjalankan 83,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan rumusan-rumusan kami. Kami juga telah menjalankan 349 ujian kualiti bagi Vita-Lea® semata-mata.

Kami menumpukan sepenuh perhatian bagi memastikan ketulenan ramuan-ramuan dalam produk kami. Ramuan semula jadi boleh tercemar dengan bahan-bahan yang berbahaya seperti herbisid, racun perosak, DDT dan logam-logam berat.

Di Shaklee, ramuan-ramuan botanikal yang baru akan menjalani ujian pihak ketiga secara terperinci untuk memastikan ketulenannya, termasuk ujian ketat bagi lebih 385 bahan-bahan pencemar yang berpotensi.

Keberkesanan Dan Prestasi Klinikal Yang Terbukti

Shaklee menjamin keberkesanan rumusan-rumusan yang dicipta

Apa yang anda baca pada label adalah apa yang akan anda perolehi iaitu terjamin setiap masa. Kesemua ramuan botanikal yang digunakan telah menjalani ujian yang meluas bagi keberkesanannya termasuk pengesahan spesis tumbuhan oleh pihak ketiga. Produk-produk kami mengandungi jumlah fitonutrien-fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat keishatan yang optimum secara konsisten. Lebih daripada 90 kalian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik menyokong keberkesanan produk kami. Setiap satu produk Shaklee mengandungi jumlah ramuan aktif yang tepat dan berkesan untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum pada setiap masa.

Pembuatan Terkini

Shaklee menetapkan piawaian berkualiti

Kami menggunakan kemudahan-kemudahan terkini yang berupaya menghasilkan produk-produk dengan kualiti yang terbaik. Cara-cara pemprosesan yang berpaten memastikan penyerapan dan penggunaan nutrien secara optimum di dalam badan.

Shaklee mematuhi Amalan-Amalan Baik Pembuatan (Good Manufacturing Practices), satu set piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding dengan apa yang digunakan dalam pembuatan makanan tambahan masa kini.

Kelebihan yang Ditonjolkan

Produk-produk Shaklee benar-benar terserlah dalam dunia ini

Shaklee telah membekalkan minuman rehidrasi kepada NASA yang telah disesuaikan untuk penggunaan para angkasawan sejak tahun 1993. Tambahan pula, berjuta-juta pengguna setia Shaklee, empat pemenang pingat emas dan hampir 100 orang atlet bertaraf dunia dan penjelajah-penjelajah telah memperolehi manfaat daripada produk kami. Will Steger, Sir Edmun Hillary dan Jaques Cousteau (antara yang lain) bergantung kepada produk-produk Shaklee untuk membantu mereka mencapai sasaran prestasi peribadi mereka.




Kepuasan Terjamin

Kami memberi jaminan mutlak tanpa syarat kepada setiap satu produk Shaklee

Kami sentiasa menyokong setiap produk kami. Kami percaya produk-produk kami adalah antara yang terbaik di dunia dan memberi jaminan 100%.

Kami berusaha sedaya upaya demi kepuasan anda sepenuhnya. Itulah sebabnya kami memberi jaminan 100% bagi produk kami. Sekiranya anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan produk-produk kami atas apa jua sebab, kami bersedia memberi pulangan bayaran balik.


Sumber rujukan: credit to: SupplemenKlinik.com

1) Shaklee Product Guide
2) Shaklee Website - www.shaklee.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

Saya, Nora Osman ingin berkongsi dengan anda tentang info dan tips kesihatan di myvitalvits. Saya adalah Pengedar Shaklee di Perlis. Saya juga menjual barangan pre-loved di jualmurahtau.